Sitemap Default Color Blue Green Red Small Default Size Big Reset Search
<img src="http://www.adobe.com/images/shared/download_buttons/get_flash_player.gif" alt="Get Adobe Flash player" />

TINJAUAN KEBANGSAAN KESIHATAN DAN MORBIDITI

(National Health and Morbidity Survey) 2015-2018:

SIRI TINJAUAN 2015

 

SOALAN-SOALAN YANG KERAP DITANYA OLEH MASYARAKAT UMUM (FREQUENTLY ASKED QUESTIONS)

 

1.

SOALAN

Apa yang dimaksudkan dengan NHMS / NHMS ni apa?

 

JAWAPAN

NHMS adalah satu Kajian atau survey untuk mendapatkan maklumat berkaitan dengan status kesihatan masyarakat di Malaysia. Maklumat yang diperoleh ini akan dikaji dan dinilai bagi meningkatkan lagi taraf perkhidmatan kesihatan di Negara ini.

 

 

 

2.

SOALAN

Siapa yang terlibat?

 

JAWAPAN

Semua ahli keluarga / ahli isi rumah bagi rumah yang terpilih secara rawak akan ditemuramah dan pemeriksaan kesihatan turut dijalankan.

 

 

 

3.

SOALAN

Siapa yang akan datang ke rumah?

 

JAWAPAN

Rumah-rumah yang terpilih akan dilawati oleh Pasukan Pengumpulan Data yang terdiri daripada 4 orang penemuduga, seorang jururawat dan seorang penyelia pasukan dengan kenderaan KKM.  

Semua pegawai yang terlibat akan diberikan:

•          Tanda nama khas sebagai pengenalan diri, dan

•          Surat pengenalan diri bagi menjalankan tinjauan ini.

 

 

4.

SOALAN

Kenapa rumah saya dipilih dan bagaimana?

 

JAWAPAN

Pemilihan rumah adalah secara rawak yang dilakukan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, di mana lebih kurang 10,000 rumah kediaman yang mewakili kawasan bandar dan luar bandar daripada senarai kediaman seluruh Malaysia telah terpilih untuk kajian ini.

 

 

 

5

SOALAN

Berapa lama tempoh yang diambil bagi sesi temuramah dan pemeriksaan kesihatan di sesebuah rumah?

 

JAWAPAN

Lebih kurang 45 minit hingga 1 jam.

 

 

 

6.

SOALAN

Kalau saya tidak senang atau sibuk, bolehkah saya menarik diri dari ditemuramah?

 

JAWAPAN

Penyertaan anda dalam tinjauan ini adalah secara sukarela dan temuramah serta pemeriksaan kesihatan hanya dibuat selepas mendapat persetujuan daripada anda.

 

 

  

7.

SOALAN

Apakah pemeriksaan kesihatan yang akan dibuat?

 

JAWAPAN

Semua ahli isi rumah akan diukur tinggi, berat badan, panjang (untuk kanak-kanak bawah 2 tahun) serta ukur lilit pinggang (untuk ahli isi rumah 13 tahun dan ke atas) dan betis (untuk ahli isi rumah 60 tahun dan ke atas). Bagi ahli isi rumah yang berusia 18 tahun ke atas, akan diukur tekanan darah serta diambil sampel darah untuk mengukur paras gula dan kolesterol (perlu berpuasa malam sebelumnya). Bagi pengambilan darah untuk mengukur paras hemoglobin (darah merah), penglibatan adalah daripada ahli isi rumah yang berumur 15 tahun ke atas.

 

 

 

8.

SOALAN

Berapa banyak sampel darah yang akan diambil?

 

JAWAPAN

Hanya setitis darah dengan menggunakan kaedah cucukan jari (finger prick) akan diambil untuk mengukur kandungan gula, paras kolesterol dan paras hemoglobin (darah merah).

 

 

 

9.

SOALAN

Apakah manfaat/faedah yang saya peroleh sebagai responden tinjauan ini dan apa yang dibuat selepas sampel darah diambil?

 

 

 

JAWAPAN

 

 

Pemeriksaan kesihatan ini adalah percuma. Maklumat yang diperoleh akan dapat membantu dalam meningkatkan lagi taraf perkhidmatan kesihatan di negara ini. Jururawat berkenaan akan memaklumkan sama ada keputusan normal atau tidak. Sekiranya tidak normal, anda akan dirujuk ke klinik kesihatan/hospital berdekatan bagi pemeriksaan lanjut.

 

 

 

10.

SOALAN

Apakah cara maklumat diperoleh daripada responden?

 

 

 

JAWAPAN

 

 

Pasukan pengumpulan data tersebut akan mendapatkan maklumat melalui kaedah berikut,

  • Sesi temuduga menggunakan tablet (Sistem eNHMS)
  • Borang Soal Selidik Isi Sendiri untuk topik tertentu oleh responden (yang layak)
  • Sesi Pemeriksaan kesihatan

 

 

 

11.

SOALAN

Adakah maklumat yang diperoleh akan dirahsiakan?

 

 

 

JAWAPAN

 

 

PMaklumat peribadi yang diperoleh dalam tinjauan ini akan disimpan dan dikendalikan secara sulit, bersesuaian dengan peraturan-peraturan dan/atau undang-undang yan berkenaan. Semua maklumat akan hanya digunakan untuk tujuan kajian dan rujukan susulan.