Sitemap Default Color Blue Green Red Small Default Size Big Reset Search
<img src="http://www.adobe.com/images/shared/download_buttons/get_flash_player.gif" alt="Get Adobe Flash player" />

TINJAUAN KEBANGSAAN KESIHATAN DAN MORBIDITI

(National Health and Morbidity Survey) 2015-2018:

SIRI TINJAUAN 2016

 

SOALAN-SOALAN YANG KERAP DITANYA OLEH MASYARAKAT UMUM (FREQUENTLY ASKED QUESTIONS)

  

1.

SOALAN

Apa yang dimaksudkan dengan NHMS ?

 

JAWAPAN

NHMS ialah satu kajian atau surveyyang dijalankan oleh INSTITUT KESIHATAN UMUM, KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIAuntuk mendapatkan maklumat berkaitan dengan status kesihatan masyarakat di Malaysia. Maklumat yang diperoleh ini akan dikaji dan dinilai bagi meningkatkan lagi taraf perkhidmatan kesihatan di negara ini.

     

2.

SOALAN

Siapakah yang terlibat?

 

JAWAPAN

Semua rumah yang terpilih secara rawak dan mempunyai ahli isi rumah yang terdiri daripada kanak-kanak berumur dibawah 5 tahun dan wanita berumur 15-49 tahun.

     

3.

SOALAN

Siapa yang akan datang ke rumah?

 

JAWAPAN

Rumah-rumah yang terpilih akan dilawati oleh pasukan pengumpul data yang terdiri daripada 2 orang jururawat, 2 orang penemuduga dan seorang penyelia pasukan dengan kenderaan KKM.

Semua pegawai yang terlibat akan diberikan:

•          Tanda nama khas sebagai pengenalan diri, dan

•          Surat pengenalan diri bagi menjalankan tinjauan ini.

4.

SOALAN

Kenapa rumah saya dipilih dan bagaimana?

 

JAWAPAN

Pemilihan rumah adalah berdasarkan alamat dalam daftar kelahiran yang disediakan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di mana lebih kurang 16,000 rumah kediaman yang mempunyai anak berusia 12-23 bulan dan dibawah 6 bulan semasa pengumpulan data dijalankan.

     

5

SOALAN

Berapa lama tempoh yang diambil bagi sesi temuramah dan pemeriksaan kesihatan di sesebuah rumah?

 

JAWAPAN

Lebih kurang 45 minit hingga 1 jam.

     

6.

SOALAN

Kalau saya tidak senang atau sibuk, bolehkah saya menarik diri dari ditemuramah?

 

JAWAPAN

Penyertaan anda dalam tinjauan ini adalah secara sukarela dan temuramah serta pemeriksaan kesihatan hanya dibuat selepas mendapat persetujuan daripada anda, namun demikian sumbangan anda dalam kajian ini dapat membantu KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA untuk merangkapenambahbaikan dalam perkhidmatan yang disediakan.

     

7.

SOALAN

Apakah pemeriksaan kesihatan yang akan dibuat?

 

JAWAPAN

Pemeriksaan hanya dilakukan kepada kanak-kanak berumur di bawah 5 tahun sahaja untuk pengukuran tinggi, berat badan, panjang (untuk kanak-kanak bawah 2 tahun).

     

8.

SOALAN

Apakah manfaat/faedah yang saya peroleh sebagai responden tinjauan ini

 

 

JAWAPAN

 

Maklumat yang diperoleh akan dapat membantu dalam meningkatkan lagi taraf perkhidmatan kesihatan di negara ini. Bagi kanak-kanak yang mengalami masalah kekurangan zat makanan atau masalah–masalah lain akan dirujuk ke klinik kesihatan yang berdekatan.

     

9.

SOALAN

Apakah cara maklumat diperoleh daripada responden?

 

 

JAWAPAN

 

Pasukan pengumpulan data tersebut akan mendapatkan maklumat melalui kaedah berikut,

·                     Sesi temuduga menggunakan tablet (Sistem eNHMS)

·                     Borang soal selidik isi sendiri untuk ibu lepas bersalin 6-16 minggu

·                     Sesi pemeriksaan kesihatan untuk kanak-kanak di bawah 5 tahun

     

10.

SOALAN

Adakah maklumat yang diperoleh akan dirahsiakan?

 

 

JAWAPAN

 

Maklumat peribadi yang diperoleh dalam tinjauan ini akan disimpan dan dikendalikan secara sulit, bersesuaian dengan peraturan-peraturan dan/atau undang-undang yang berkenaan. Semua maklumat akan hanya digunakan untuk tujuan kajian dan rujukan susulan sahaja.